Rabu, 7 September 2011

bisu.
senyap dan sepi. lidah kelu minda beku!!!
ah,! bosan dan malas membelengu diri!
bisu. senyap dan legap. titik.

Jumaat, 18 Februari 2011

salahkah aku

Di saat aku mula merasa kemanisan
kekaburan datang bertandang duduk
semilir yang dulu menghembus puitis
kini tidak lagi seperti hari-hari yang dulu
kusamnya hariku hanya hatiku yang maha mengetahui
sedetik ingin ku lontarkan diriku jauh 
namun aku tidak berdaya
bukan aku kalau meminggir
bukan aku kalau menghindar
      juga bukan aku kalau menyalahkan
akukah yang bersalah
kerana rasa yang telah kau beri?
akukah juga yang salah
kerana tewas tanpa bertarung?
akukah juga yang salah
lantaran kekeliruan emosi?
inginku carik kenangan semalam
agar jejaknya
   hilang dipuput kabus...

Rabu, 16 Februari 2011

Rindu yang bertamu

Rindu..
semakin menghimpit perasaan
ingin ku lari bersama detik waktu
ingin ku menghindar bersama angin semalam
lantas,
di awan biru ku seru namamu..
agar terubat rindu ini
namun,
dirimu bukam membatu
umpama bongkah-bongkah membisu
membiarkan aku terus diulit kerinduan nan sepi
tanpamu
aku bisu dan sepi
tanpamu
aku gelap dan sunyi
tanpamu
aku hanya di sini
menghitung detik kerinduan
yang tidak ku pasti surutnya

aku dia dan nestapa

rasa yang telah kau beri
menyelinap seluruh penjuru diri
keluh kesah panahan rindu
mengalunkan gemersik bunyi

rasa yang telah kau beri
terbuai aku dalam khayalan
sesaat aku bahagia dalam kelu
mendefinisikan rentak tarimu

rasa yang telah kau beri
 hanya rasa yang berbeza
dengan apa yang aku rasa
ku sangka bahagia rupanya nestapa.

rasa yang telah kau beri
bahagia dalam nestapa
bukan salahmu, hanya salahku semata
silap mentafsir rentak tarimu.

rasa yang telah kau beri
memberikan teladan dan sempadan
syukurku...
kerana merasakan satu rasa itu.

Isnin, 24 Januari 2011

BINGKISAN HATI

usah biarkan cinta berlalu pergi..
(istimewa untuk anda yang kini dilamun cinta)
cari masa untuk bersama
  • luangkan masa untuk berbual
  • temani pasangan anda untuk menonton bersama
  • jangan sesekali berpisah tempat tidur
  • amalkan sembahyang berjemaah
lakukan sesuatu yg luar biasa
  • berkongsi makanan anda
  • mudah berbaik kembali
  • kejutan buat pasangan, seperti memberi hadiah
  • kenangi pengorbanan pasangan anda
  • tukar gaya penampilan anda
  • berterus terang.
      << berbahagialah insan yang dianugerahi rasa cinta>>

..missSS..

Ahad, 16 Januari 2011

today its my birthday..

Spend a quality time with person that i love. Tenkiu to DR.LOVE, who became my shoulder to cry..and became a good friend of mine.

Khamis, 13 Januari 2011

biarkan hati ini berkata-kata..

jauh di sudut hati ini mengharapkan sinar yang bahagia..menelusi segenap ruang hati yang legap

nuffnang

..pujaan hatiku..