Jumaat, 18 Februari 2011

salahkah aku

Di saat aku mula merasa kemanisan
kekaburan datang bertandang duduk
semilir yang dulu menghembus puitis
kini tidak lagi seperti hari-hari yang dulu
kusamnya hariku hanya hatiku yang maha mengetahui
sedetik ingin ku lontarkan diriku jauh 
namun aku tidak berdaya
bukan aku kalau meminggir
bukan aku kalau menghindar
      juga bukan aku kalau menyalahkan
akukah yang bersalah
kerana rasa yang telah kau beri?
akukah juga yang salah
kerana tewas tanpa bertarung?
akukah juga yang salah
lantaran kekeliruan emosi?
inginku carik kenangan semalam
agar jejaknya
   hilang dipuput kabus...

Rabu, 16 Februari 2011

Rindu yang bertamu

Rindu..
semakin menghimpit perasaan
ingin ku lari bersama detik waktu
ingin ku menghindar bersama angin semalam
lantas,
di awan biru ku seru namamu..
agar terubat rindu ini
namun,
dirimu bukam membatu
umpama bongkah-bongkah membisu
membiarkan aku terus diulit kerinduan nan sepi
tanpamu
aku bisu dan sepi
tanpamu
aku gelap dan sunyi
tanpamu
aku hanya di sini
menghitung detik kerinduan
yang tidak ku pasti surutnya

aku dia dan nestapa

rasa yang telah kau beri
menyelinap seluruh penjuru diri
keluh kesah panahan rindu
mengalunkan gemersik bunyi

rasa yang telah kau beri
terbuai aku dalam khayalan
sesaat aku bahagia dalam kelu
mendefinisikan rentak tarimu

rasa yang telah kau beri
 hanya rasa yang berbeza
dengan apa yang aku rasa
ku sangka bahagia rupanya nestapa.

rasa yang telah kau beri
bahagia dalam nestapa
bukan salahmu, hanya salahku semata
silap mentafsir rentak tarimu.

rasa yang telah kau beri
memberikan teladan dan sempadan
syukurku...
kerana merasakan satu rasa itu.

nuffnang

..pujaan hatiku..